Dalam sebuah kitab karangan’Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke Xll hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai akal menghadaplah engkau.”
Maka akal pun menghadap di hadapan Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Wahai akal! Siapakah aku?”
Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal tidak ku ciptakan mahluk yang lebih mulai daripada engkau.'
Setelah itu Allah s.w.t menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud:
“Wahai nafsu, menghadaplah kamu di hadapanku”
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud:
“Siapakah engkau dan siapakah Aku”
Lalu nafsu berkata,
“Aku adalah aku,engkau adalah engkau”
Setelah itu Allah s.w.t menyiksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun. Kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Siapakah engkau dan siapakah Aku”
Lalu nafsu berkata :
“Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”
Lalu Allah s.w.t menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Siapakah engkau dan siapakah Aku”
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
“Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku”
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t mewajibkan puasa. Dalam kisah ini, dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu. Janganlah membiarkan nafsu itu mengawal kita kerna jika nafsu yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
--> Dah baca . ?
--> Komen la kalau ta terpaksa :D