Tuhan memberi kamu dua kaki untuk berjalan..
Tuhan ciptakan dua tangan buat kamu untuk memegang..
Tuhan berikan pula dua telinga untuk kamu mendengar dan dua mata yang sempurna untuk kamu melihat..
Tetapi..
Mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati sahaja buat kamu??
Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kamu pada seseorang untuk kamu mencarinya..
Inilah yang sentiase kamu ungkap sebagai cinta..
Perasaan cinta itu bermula dari mata yang melihat..
Sedangkan rasa suka pula dimulai dari telinga yang mendengar..
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang..
Cukup dengan hanya menutup telinga kamu..
Tapi apabila kamu Coba untuk menutup matamu dari orang yang kamu cintai..
Cinta itu akan berubah menjadi suatu titisan air mata dan ianya akan terus tinggal dihatimu dalam jangka masa yang cukup lama..
Mungkin Tuhan menginginkan kamu bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat di dalam bercinta..
Kamu seharusnya mengerti bagaimana harus kamu berterima kasih di atas kurniaannya..
Tiap kurniaannya pasti ada suatu kebaikan di sebaliknya..
Mungkin kamu sahaja yang tidak dapat mengerti dan merungkainya..
Kamu tidak akan tahu bila waktunya kamu akan jatuh cinta..
Namun, pabila sampai saatnya itu..
Raihlah ia dengan kedua tanganmu..
Jangan kamu biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatimu..
Kelak, kekesalan itu akan membuatkan kamu hidup di dalam derita..
No comments:
Post a Comment
--> Dah baca . ?
--> Komen la kalau ta terpaksa :D