Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja..
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika..
Bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja..
Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..
Cinta sejati itu ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan..
Dan juga tidak berkurangan di sebabkan kesalahan..
Tiada kisah yang teramat manis selain cinta..
Dan tiada pula kisah yang teramat pahit dari hilangnya cinta..
Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi buat seseorang..
Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum mekar..
Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia..
Tetapi, janganlah pula kamu mensia-siakan orang yang mencintaimu itu..
Kerana, ia bisa menjadi suatu keindahan di dalam hidupmu..
Cinta bukan mengajar kita menjadi lemah..
Tetapi, cinta membangkitkan kekuatan pada kita..
Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit..
Bersih dan suci, cuma tanah yang berlainan menerimanya..
Cinta juga seperti ombak..
Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak..
Indah ataupun tidak pantai itu bergantung kepada..
Keras atau lembutnya ombak yang melanda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
--> Dah baca . ?
--> Komen la kalau ta terpaksa :D