Sahabat
Kehidupan di dunia penuh dengan rintangan yang tidak pernah mengenal erti penat untuk menguji kamu..
Seperit apapun masalah yang mendatang padamu
Sekelam apapun beban yang hadir di dalam hidupmu
Janganlah sekali-kali kamu cuba untuk lari dan bersembunyi darinya..
Aku berkata bukan untuk melihat kamu menderita..
Akan tetapi, ada maksud di sebaliknya..
Semua ini karena..
Seberapa jauhpun kamu cuba untuk berlari darinya..
Sedalam manapun kamu cuba untuk bersembunyi darinya..
Ujian kehidupan itu pasti akan menemuimu juga di dalam hari-harimu yang mendatang.. Sahabat
Alangkah indah sekiranya kamu menyambut kedatangan ujian kehidupan itu dengan dada yang terbuka luas serta menyambutnya dengan penuh rasa syukur..
Persilakanlah ujian kehidupan itu masuk ke dalam ruang kehidupan hati kamu
Hadapi ujian kehidupan itu dengan senyuman seindah mentari pagi yang sentiasa membuatmu terpegun melihatnya..
Ajaklah ujian kehidupan itu untuk menikmati hangatnya teh kesabaran dan di tambah pula dengan sedikit gula keteguhan dirimu..
Nescaya, pemergiannya nanti memberi seribu satu makna buat kamu..
Sahabat
Dengan layanan mu yang sebegitu indah, sepulangnya ujian kehidupan itu dari rumahmu..
Akan kamu sadari bahwa, dirimu menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi tiap ujian..
Dan..
Kamu pun akan mampu dan lebih berani untuk menghadapi lagi ujian kehidupan yang bakal menjelma di dalam kehidupanmu kelak..
Yakinlah wahai sahabat..
Kamupun akan semakin mampu bertahan kala badai ujian kehidupan itu menghentam kehidupanmu..
Janganlah di maki masalah itu..
Janganlah di hina pemberiannya..
Tiap perkara yang ia cipta, pasti ade buruk dan baiknya buat diri kamu..
Hargai ia..
Syukuri ia..
Kerna, ianya membawa pengajaran yang besar di dalam kehidupanmu kelak..
Fikirkanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
--> Dah baca . ?
--> Komen la kalau ta terpaksa :D