Blogger Layouts

Blogspot | Flickr | Twitter | Facebook | Tumblr | 500px | Myspace

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Times Now..!!

Thursday, May 5, 2011

Kelebihan berselawat ke atas Rasullullah sa.w

Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kalam ini mula bicara :

Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s. telah berkata kepadaku.

Berkata Malaikat Jibril a.s :-
“Wahai Rasulullah s.a.w, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Malaikat Mikail a.s :-
“Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Malaikat Israfil a.s :-
“Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail a.s pula berkata :-
“Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kalam ini harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t, Rasul dan para Malaikat.

WALLAHU A’LAM..

Kisah tempat tinggal roh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh akan pergi setelah ia keluar dari jasad tubuh manusia, maka berkata Abu Bakar r.a : “Roh itu menuju ke tujuh tempat” :-

· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w bahawa : “Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah” :-

· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

12 azab bagi mereka yang meninggalkan solat

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini"

Antaranya :-

1. Allah s.w.t akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah s.w.t mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati.

Antaranya :-

1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang teramat pedih ketika ruhnya dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur.

Antaranya :-

1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nangkir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya terkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga azab di hari kiamat.

Antaranya :-

1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2. Allah s.w.t sangat murka kepadanya.
3. Allah s.w.t akan menyiksanya dengan api neraka.

Tuesday, May 3, 2011

Kisah binatang yang bernama Huraisy

Dikisahkan di dalam sebuah kitab bahawa, apabila tibanya hari kiamat nanti maka akan keluarlah seekor binatang yang panjangnya antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka Malaikat Jibril a.s berkata, :

"Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy, :

"Aku mencari lima jenis orang."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka meminum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Monday, May 2, 2011

Allah s.w.t menolak 1 doa dari 3 doa Rasulullah s.a.w

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa :

"Satu hari Rasulullah s.a.w telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w."

Kemudian Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t :
Setelah selesai Rasulullah s.a.w berdoa maka Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak."

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini semua cantik kita melihatnya

Kisah Bumi dan Langit

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.

Berkata bumi kepada langit,

“Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.”

Berkata langit,

“Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”

Berkata bumi,

“Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”

Bumi berkata lagi,

“Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t dengan berkata,

“Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”

Lalu Allah s.w.t mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Jibrail a.s pada malam tanggal 27 Rejab,

“Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”

Malaikat Jibrail a.s bertanya,

” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”

Allah s.w.t berfirman, maksudnya,

“Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”

Kemudian Malaikat Jibrail a.s pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Malaikat Jibrail a.s terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Malaikat Jibrail a.s menghampiri buraq itu lalu bertanya,

“Mengapa engkau menangis, ya buraq?”

Berkata buraq,

“Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”

Berkata Malaikat Jibrail a.s,

“Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”

Kemudian Malaikat Jibrail a.s memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu’alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Nafsu yang Degil pada perintah Allah s.w.t

Dalam sebuah kitab karangan’Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke Xll hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

“Wahai akal menghadaplah engkau.”

Maka akal pun menghadap di hadapan Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Wahai akal! Siapakah aku?”

Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Wahai akal tidak ku ciptakan mahluk yang lebih mulai daripada engkau.'

Setelah itu Allah s.w.t menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud:
“Wahai nafsu, menghadaplah kamu di hadapanku”

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t berfirman lagi yang bermaksud:
“Siapakah engkau dan siapakah Aku”

Lalu nafsu berkata,

“Aku adalah aku,engkau adalah engkau”

Setelah itu Allah s.w.t menyiksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun. Kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Siapakah engkau dan siapakah Aku”

Lalu nafsu berkata :

“Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”

Lalu Allah s.w.t menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Siapakah engkau dan siapakah Aku”

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
“Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t mewajibkan puasa. Dalam kisah ini, dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu. Janganlah membiarkan nafsu itu mengawal kita kerna jika nafsu yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.:

Kisah Seorang pemuda yang beribubapakan babi

Nabi Musa a.s adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa a.s akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa a.s sering bertanya dan Allah s.w.t akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah s.w.t. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan ku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa a.s turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan, akhirnya sampai juga Nabi Musa a.s ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Nabi Musa a.s dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa a.s. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa a.s terkejut melihatnya. "Apa hal ini?", kata Nabi Musa a.s berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu, babi itu dilap sehingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa a.s.

"Wahai saudara! Apa agama kamu?". Tanya Nabi Musa a.s

"Aku beragama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.

"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa a.s.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi permintaanku.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s."'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada kedua ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

Kisah Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Neraka Jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kalajengking, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Rabb kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang artinya : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam Neraka Jahannam.

Kisah Nabi Musa a.s dengan Allah s.w.t

Menurut riwayat sementara ahli tafsir, bahawasanya tatkala Nabi Musa a.s berada di Mesir, ia telah berjanji kepada kaumnya akan memberi sebuah Kitab Suci yang dapat digunakan sebagai pedoman hidup yang mana akan memberi bimbingan dan sebagai tuntunan bagaimana cara mereka bergaul dan bermuamalah sesama manusia dan bagaimana mereka harus melakukan persembahan dan ibadah mereka kepada Allah s.w.t. Di dalam Kitab Suci itu, mereka akan mendapat petunjuk akan hal-hal yang Halal dan Haram, perbuatan yang baik yang diredhai oleh Allah s.w.t di samping perbuatan-perbuatan mungkar yang mana dapat mengakibatkan dosa dan murkanya Allah s.w.t.

Maka, setelah perjuangan menghadapi Fir'aun dan kaumnya yang telah tenggelam binasa di laut selesai, Nabi Musa a.s memohon kepada Allah s.w.t agar diberinya sebuah Kitab Suci untuk menjadi pedoman dakwah dan risalahnya kepada kaumnya. Lalu Allah s.w.t memerintahkan kepadanya agar ia berpuasa selama tiga puluh hari penuh, iaitu semasa bulan Zulkaedah. Kemudian pergi ke Bukit Thur Sina di mana ia akan diberi kesempatan bermunajat dengan Allah s.w.t serta menerima kitab penuntun yang diminta.

Setelah berpuasa selama tiga puluh hari penuh dan tiba saat ia harus menghadap kepada Allah s.w.t di atas Bukit Thur Sina Nabi Musa a.s merasa segan akan bermunajat dengan Tuhannya dalam keadaan mulutnya yang berbau kurang sedap akibat puasanya. Maka ia menggosokkan giginya dan mengunyah daun-daunan dalam usahanya menghilangkan bau mulutnya itu. Ia ditegur oleh malaikat yang datang kepadanya atas perintah Allah s.w.t. Berkatalah malaikat itu kepadanya: "Hai Musa, mengapakah engkau harus menggosokkan gigimu untuk menghilangkan bau mulutmu yang menurut anggapanmu kurang sedap, padahal bau mulutmu dan mulut orang-orang yang berpuasa bagi kami adalah lebih sedap dan lebih wangi dari baunya kasturi. Maka akibat tindakanmu itu, Allah memerintahkan kepadamu berpuasa lagi selama sepuluh hari sehingga menjadi lengkaplah masa puasamu sepanjang empat puluh hari."

Nabi Musa a.s mengajak tujuh puluh orang yang telah dipilih di antara pengikutnya untuk menyertainya ke Bukit Thur Sina dan mengangkat Nabi Harun a.s sebagai wakilnya menguruskan serta memimpin kaum yang ditinggalkannya selama kepergiannya ke tempat bermunajat itu.

Pada saat yang telah ditentukan tibalah Nabi Musa a.s seorang diri di Bukit Thur Sina mendahului tujuh puluh orang yang diajaknya turut serta. Dan ketika ia ditanya oleh Allah s.w.t: "Mengapa engkau datang seorang diri mendahului kaummu, hai Musa?" Ia menjawab: "Mereka sedang menyusul di belakangku, wahai Tuhanku. Aku cepat-cepat datang lebih dahulu untuk mencapai redha-Mu."

Berkatalah Nabi Musa dalam munajatnya dengan Allah sw.t: "Wahai Tuhanku, nampakkanlah zat-Mu kepadaku, agar aku dapat melihat-Mu"

Allah s.w.t berfirman: "Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi cubalah lihat bukit itu, jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya sebagaimana sedia kala, maka nescaya engkau akan dapat melihat-Ku." Lalu menolehlah Nabi Musa mengarahkan pandangannya kejurusan bukit yang dimaksudkan itu yang seketika itu juga dilihatnya hancur luluh masuk ke dalam perut bumi tanpa menghilangkan bekas. Maka terperanjatlah Nabi Musa a.s, gementarlah seluruh tubuhnya dan jatuh pengsan. Setelah ia sedar kembali dari pengsannya, bertasbih dan bertahmidlah ia seraya memohon ampun kepada Allah s.w.t atas kelancangannya itu dan berkata: "Maha Besarlah Engkau wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang yang pertama beriman kepada-Mu."
Dalam kesempatan bermunajat itu, Allah s.w.t menerimakan kepada Nabi Musa a.s kitab suci "Taurat" berupa kepingan-kepingan batu atau kepingan kayu menurut sementara ahli tafsir yang di dalamnya tertulis segala sesuatu secara terperinci dan jelas mengenai pedoman hidup dan penuntun kepada jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Allah mengiring pemberian "Taurat" kepada Nabi Musa dengan firman-Nya: "Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah memilih engkau lebih dari manusia-manusia yang lain di masamu, untuk membawa risalah-Ku dan menyampaikan kepada hamba-hamba-Ku. Aku telah memberikan kepadamu keistimewaan dengan dapat bercakap-cakap langsung dengan Aku, maka bersyukurlah atas segala kurnia-Ku kepadamu dan berpegang teguhlah pada apa yang Aku tuturkan kepadamu. Dalam kitab yang Aku berikan kepadamu terhimpun tuntunan dan pengajaran yang akan membawa Bani Isra'il ke jalan yang benar, ke jalan yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat bagi mereka. Anjurkanlah kaummu Bani Isra'il agar mematuhi perintah-perintah- Ku jika mereka tidak ingin Aku tempatkan mereka di tempat-tempat orang- orang yang fasiq."

Bacalah tentang kisah munajat Nabi Musa a.s ini, surah "Thaha" ayat 83 dan 84 dan surah "Al-a'raaf" ayat 142 sehingga ayat 145 sebagaimana berikut :~

"83~ Mengapa kamu datang lebih cepat daripada kaummu, hai Musa?" 84~ Berkata Musa: "Itulah mereka sedang menyusuli aku dan aku bersegera kepadamu ya Tuhanku, agar supaya Engkau redha kepadaku." { Thaha : 83 ~ 84 }

"142~ Dan Kami telah janjikan kepada Musa {memberikan Taurat} sesudah berlalu waktu tiga puluh malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh {malam lagi}, maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya, iaitu Harun: "Gantilah aku dalam {memimpin} kaumku dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan". 143~ Dan tatkala Musa datang untuk {munajat} dengan {Kami} pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman {langsung} kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku nampakkanlah {Zat Engkau} kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau." Tuhan berfirman: "Kamu sesekali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya {sebagai sediakala} nescaya kamu dapat melihat-Ku." Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu dan aku orang yang pertama beriman." 144~ Allah berfirman: "Hai Musa sesungguhnya Aku memilih kamu lebih dari manusia yang lain {di masamu} untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." 145~ Dan Kami telah tuliskan untuk Musa luluh {Taurat} segala sesuatu sebagai pengajaran bagi sesuatu. Maka Kami berfirman: "Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada {perintah-perintahnya} yang sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang- orang yang fasiq." { Al-A'raaf: 142 ~ 145 }

Sunday, May 1, 2011

Kisah Nabi Yunus a.s di telan ikan Nun

Yunus bin Matta a.s adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus a.s seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus a.s mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah s.w.t dengan menyembah berhala. Nabi Yunus a.s mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus a.s juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus a.s menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi Yunus a.s mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia dan Allah s.w.t sahajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus a.s itu adalah ajaran baru, maka tidak ramailah manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus a.s memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi Yunus a.s berkata "Aku hanya menyampaikan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t". Berkata Nabi Yunus a.s lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kekufuran dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus a.s telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah Nabi Yunus a.s melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus a.s pun meninggalkan Niwana dengan rasa yang teramat marah. Nabi Yunus a.s berdoa kepada Allah s.w.t supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Semenjak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwana mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus a.s itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat daripada Allah s.w.t agar dijauhkan sebarang malapetaka.

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan memohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan penuh rasa bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus a.s telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.

Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus a.s menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus a.s telah dilanda ribut taufan yang amat kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus a.s dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus a.s adalah orang yang sangat dihormati dan disanjungi, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah s.w.t. Nabi Yunus a.s memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah s.w.t. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus a.s beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus a.s terus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.

Ketika Nabi Yunus a.s sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah s.w.t mengarahkan seekor Ikan Nun (Yu) supaya menelan Nabi Yunus a.s hidup- hidup, maka Ikan Nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus a.s dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nabi Yunus a.s berada di dalam perut Ikan Nun itu, Nabi Yunus a.s berdoa kepada Allah sw.t supaya mengampuni segala dosa yang telah dilakukannya. Lalu Nabi Yunus a.s membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah s.w.t, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."

Maka Allah s.w.t perkenankan permintaannya dan Allah s.w.t melepaskan Nabi Yunus a.s daripada kedukaan. Demikianlah Allah s.w.t menyelamatkan orang yang beriman kepadanya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus a.s berada di dalam perut Ikan Nun itu, maka Allah s.w.t pun melemparkan Nabi Yunus a.s ke darat. Di tempat Nabi Yunus a.s dilemparkan, Allah s.w.t menghidupkan pokok labu yang mana Nabi Yunus a.s dapat bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar seperti sediakala. Ketika Nabi Yunus a.s dilemparkan ke darat, keadaannya teramatlah letih.

Setelah Nabi Yunus a.s berasa segar kembali maka Allah s.w.t telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus a.s terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus a.s supaya mengajar bagaimana untuk menyempurnakan akidah dan iman mereka. Nabi Yunus a.s berasa hairan kerana penduduk Niwana yang dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah s.w.t tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah s.w.t.

Kisah Nabi Musa a.s dengan 'Auj bin Unuq

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut sehinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa a.s bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa a.s bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.

Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar-askar Nabi Musa a.s, Allah s.w.t telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

Kisah Nabi Adam a.s dengan umat Majusi

Pernah suatu hari Nabi Ibrahim a.s menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim a.s berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim a.s dengan perasaan penuh berdukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim a.s tidak disenangi Allah s.w.t sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah s.w.t akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim a.s sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahim a.s pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu "Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim a.s menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah s.w.t dan engkau adalah pesuruh Allah s.w.t". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Kisah Nabi Idris a.s melihat Syurga dan Neraka

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris a.s beribadah bersama. Pada suatu hari, Nabi Idris a.s mengajukan permintaan. “Bolehkah engkau membawa aku melihat syurga dan neraka?”

“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Malaikat Izrael.

Setelah Malaikat Izrael memohon izin daripada Allah s.w.t, dibawanya Nabi Idris a.s ke tempat yang ingin dilihatnya.

“Ya Nabi Allah, mengapa kamu ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Malaikat Izrael.

“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah s.w.t. Tapi mudah-mudahan, dengan melihatnya iman saya menjadi utuh setelah melihatnya,” Nabi Idris a.s menjelaskan alasannya.

Waktu mereka sampai ke neraka, Nabi Idris a.s langsung pengsan. Penjaga neraka adalah Malaikat Malik yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah s.w.t semasa hidupnya. Nabi Idris a.s tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyi gemuruh yang menakutkan, tiada pemandangan yang lebih mengerikan jika dibandingkan dengan tempat ini.
Dengan tubuh lemas Nabi Idris a.s meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Malaikat Izrael membawa Nabi Idris a.s ke syurga. “Assalamu’alaikum…” kata Malaikat Izrael kepada Malaikat Ridwan, penjaga pintu syurga yang sangat tampan.
Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri dan di hiasi senyuman yang ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilahkan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.

Waktu melihat isi syurga, Nabi Idris a.s nyaris pengsan kerana terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris a.s terpukau tanpa berkata apa-apa melihat pemandangan yang sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris a.s berulang-ulang.

Nabi Idris a.s melihat sungai yang airnya jernih seperti kaca. Di pinggir sungai itu terdapat pohon-pohon yang batangnya diperbuat dari emas dan perak. Ada juga istana bagi penghuni syurga. Pokok buah-buahan ada disetiap penjuru yang mane buahnya segar, ranum dan harum.

Waktu mengelilingi di sana, Nabi Idris a.s diiringi pelayan syurga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Selain memiliki kelebihan itu, mereka juga bertingkah laku baik serta berbicara dengan sopan.
Dengan teruja Nabi Idris a.s ingin meminum air sungai syurga itu. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”
“Silakanlah minum, inilah minuman untuk penghuni syurga.” Jawab Malaikat Izrael. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat daripada emas dan perak. Nabi Idris a.s pun meminum air itu dengan nikmatnya. Dia amat bersyukur kerana dapat menikmati air minuman yang sebegitu segar dan luar biasa enaknya. Tidak pernah terlintas olehnya ada minuman sesegar itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris a.s mengucap syukur berulang-ulang.

Setelah puas melihat syurga, tibalah waktunya Nabi Idris a.s untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mahu kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat dengan keindahan dan kenikmatan syurga Allah s.w.t.

“Saya tidak mau keluar dari syurga ini, saya ingin beribadah kepada Allah s.w.t sehingga ke hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris a.s.

“Tuan boleh tinggal di sini setelah hari kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah s.w.t, barulah tuan bleh menghuni syurga bersama para Nabi dan orang-orang yang beriman lainnya,” kata Malaikat Izrael.

“Tapi Allah s.w.t itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah s.w.t mengurniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris a.s menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni syurga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Idris a.s berusia 82 tahun.

Firman Allah s.w.t:
“Dan ceritakanlah Nabi Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).


Pada saat Nabi Muhammad s.a.w sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris a.s. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad s.a.w kepada Malaikat Jibril yang mendampinginya waktu itu.

“Inilah Idris a.s,” jawab Malaikat Jibril. Nabi Muhammad s.a.w mendapat penjelasan Allah s.w.t tentang Nabi Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57.

Likes My Blog ^__^

 
COPYRIGHT © 2010-2012 . All Right Reserved by Zailani Hairuddin